SAHABAT


Assalammualaikum w.b.t
Hi teman-teman/sahabat-sahabat/kawan-kawan/bestfriends dan yang sama waktu dengannya :)

Ok harini aku nk sentuh about "SAHABAT". Sebelum aku mulakan, aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ok if apa yang nak aku tulis ni buat korang terasa hati, marah or whatsoever, pardon me. Bukan niat aku, just nk berkongsi rasa dengan korang :) Setiap orang ada kawan. Kadang-kadang bermacam jenis kawan yang kita dah jumpa dan akan jumpa or maybe diaorang pernah menjadi salah satu daripada senarai kawan-kawan korang sebelum ni. Meh kita usha sikit jeneh macam mana perangai kawan-kawan kita ni dan di manakah kategori kau kau kau dan kau sebagai kawan aku. Let's check it out :)

1.SAHABAT 

Sahabat adalah seseorang yang sanggup menemani sahabatnya dikala susah mahupun senang. Tidak kira apa jua masalah yang dihadapi oleh sahabatnya, si sahabat tetap akan berada di sisi sahabatnya. Mereka ini lebih kepada mempercayai antara satu sama lain dan tidak pernah kira dengan ego mereka sendiri. Apabila bergaduh atau berperang mulut, salah satu antara mereka pasti akan mengalah kerana mereka merasakan hidup mereka tidak lengkap kalau sehari tidak bertukar cerita. Mereka juga sentiasa berkongsi rahsia antara satu sama lain. Kira mcm kau simpan aku punya, aku simpan kau punya. Kau pecahkan aku punya, aku tak akan sekali-kali pecahkan kau punya. Sebab? Seorang sahabat tidak akan mengaibkan sahabatnya sendiri. Mereka juga akan di ibaratkan sebagai 'belangkas' oleh sebab asyik berkepit memanjang. Di mana ada kau, di situ la ada aku. Malahan seorang sahabat sanggup lakukan apa sahaja demi sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya bersedih. Sahabat selalu menyenangkan. Justeru, sahabat lebih tertumpu kepada 2 orang individu. Mereka tetap sentiasa mengingati walaupun jarak yang memisahkan mereka.

2. TEMAN

Teman merupakan seseorang yang boleh dibawa berbual. Selebihnya teman lebih sporting, bersifat terbuka dan senang diajak bergurau. Mereka sentiasa ingin lihat kita gembira tetapi hakikatnya kita tengah bersedih. Kita akan mencari teman jika kita tengah bersedih, perlu kan teman dan sebagai nya. Lantaran itu, mereka datang untuk memberikan sedikit kegembiraan pada kita yang merasa sunyi atau bosan.

3.KAWAN

Kawan pula mempunyai bermacam jenis ragam dan kerenah. Kadang-kadang sampai pening kita nk melayan diaorang ni kan? Jom kita tgk cabang-cabang kawan yang ada. --->

a) Kawan baik ada makna

Kawan baik ada makna ni bukan nya boleh percaya sangat. Diaorang ni buat baik mesti ada ayam di sebalik reban, fish ball disebalik maggi atau lidah bercabang disebalik mulut yang tersenyum manis. First langkah diaorang, buat baik dulu dgn kita pastu lama-lama dia palit taik dekat muka kita. 

b) Kawan makan kawan/Kawan tikam belakang/Pembelot

Kawan makan kawan ni mmg dah feymes sangat dekat laman social Facebook dan Twitter. Warga Bloggers pun ada juga yang terkena dgn diaorang ni. Semuanya nak mengadu kena tikam belakang dgn kawan baik sendiri la apa la. Chill k, kau hidup lagi kalau tak kawan dgn orang yang perangai mcm tu. Diaorang ni first je baik mcm nk masuk dalam kain, puji tinggi melangit, bodek kalau boleh sampai nk lambong tinggi tinggi dh kawan punya la lama tup tup mula ah buat perangai. At last apa yg kita dapat? Sampah dia bg dekat kita.

c) Fire Stone

Perghhh! Perangai cenggini mmg mintak kaki la kan. Kaki dok cucuk orang. Cucuk ni bukan sebarang cucuk k. Bukan cucuk yang sampai boleh melatah opocot tu. Ini kalau dia sekali cocok, tak sudah-sudah kau melatah nanti. Diaorang ni mcm manusia yang bertopengkan syaitan. Yelah, syaitan kan suka marak kan api dalam hati kita ni. Sama ah mcm perangai diaorang ni. Orang tengah panas bukan nk sejuk kan. Tambah minyak lagi ada la.

d) Kawan yang bangga diri/ show off

Apa yang kita dapat tu semuanya dari rezeki Allah S.W.T. Kau ni dah masuk kategori syirik khafi sebab kau RIAK! Jgn terlampau riak dgn apa yang kau ada skrg ni. Nanti sebab sikap kau tu la yang akan memakan diri kau sendiri. Buatnya Allah tarik balik apa yang kau ada skrg ni, haaaa! Nganga la kau, melangut la sorang-sorang. Tak salah kalau kau nk berkongsi kegembiraan dgn apa yg kau dapat tu bersama kawan-kawan kau tapi agak-agak la, jgn sampai orang lain menyampah dengan kau pulak. Cara yang paling mujarab nak elakkan daripada riak, lebih afdal kalau kita buat sujud syukur ke atas-Nya yang telah memberi kita rezeki kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T

e) Dengki dalam diam

Walauwehhh! Kawan mcm ni seriously bahaya weh. Betul tak tipu. Diaorang ni dalam diam khianat dgn kita tapi cuma diaorang tak tonjol kan ketidaksukaan mereka tu dkat kita. Kena jaga-jaga sikit dgn org mcm ni. Jangan disangka kan tasik yang tenang tak ada ikan piranha. So pandai pandai la ye menilai kawan sendiri.

f) Kawan yang gedik over mengada-ngada

Kawan yang mcm ni sesuai berkawan dgn kawan kawan yang jenis perangai macam dia je. Kalau kawan dgn orang yang cool, habis kena bahan. Tapi kalau dh kawan, kita kena la terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak semua manusia sempurna, so kalau rasa boleh terima orang-orang yang perangai mcm ni, layan la diaorang baik-baik. Kalau tidak, anggap jela mcm kawan biasa :) 

g) Pendengar yang baik

Tak perlu nak nasihat itu ini, cuma jadi pendengar yang baik sudah memadai. Mereka ni lebih byk mendengar daripada menasihati. Kalau diaorang diam tu, jgn salah faham jangan salah sangka. Diaorang dengar apa yang kita cakap cuma mereka mendengar dgn sebaik mungkin.

h) Talam dua muka

Orang mcm ni mmg mintak penampaq sedaih. Haha ambik talam besi dekat rumah aku tu hempok ataih kepala hang baru tau. Hahahahaha! Kalau dh tak suka, buat cara tak suka. Kalau dh benci, buat cara benci. Tak payah dok mai buat baik sangat la. Lama-lama orang tau jugak dgn perangai talam hang tu.

i) Kawan yang menyenangkan hati

Bahagia ja kalau kawan dgn diaorang ni. Selalu buat orang senang dgn sikap diaorang. Selalu buat orang gelak serupa tak ingat dunia. Caring and so on :)

So guys, kategori mana kah anda sebagai kawan saya? Hihi apa apa pun, sahabat atau kawan atau teman dan yang lain lain tu, semuanya sama saja. Bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengetegorikan kawan kita tu. Kawan/Sahabat yang baik selalu menegur kawan/sahabatnya yang mana baik dan yang mana buruk, tentang perangainya yang buruk dan sebagainya. Sebelum mengundurkan diri, terima la satu peribahasa daripada saya khas buat pembaca sekalian --->  Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sesekali. Ingat tu! Hargai la kawan-kawan/sahabat-sahabat anda. Sekian, terima kasih :)

Lots of Love,
Farra Natsir. 

No comments:

Post a Comment