Gua budak kelas SENI. Yes! Memang gua ambik aliran SENI tapi tak bermakna jiwa gua jiwa SENI. Jiwa SENI gua rapuh,sangat rapuh. Sekali hentak dah prangggg! Aduh pecah berderai, hancur berkecai. Tidak seperti bebudak cina yang lain, yang selalu bajet lu orang itu berSENI. Gua tak tahu apa yang cikgu SENI gua suruh gua buat. Gua hanya patuh pada arahan cikgu SENI gua. Dia suruh gua dgn teman teman sekelas gua lukis matahari bercorak kartun tapi gua lukis bunga matahari yang tgh kenyit sebelah mata sebab mata dia gatal dgn bunga matahari yang geram ke kejip mata ke gua pun tak tahu, gua main bantai lukis je. Pastu gua warna pagi petang siang malam, berpeluh peluh gua pegang berus, gua warna dgn penuh kesabaran.
Keesokkan harinya, tiba la waktu SENI. Beratur dua dua dah mcm budak darjah satu beratur jalan dua dua menuju ke bilik SENI. Cikgu gua nama dia Grace. Dia montel dan comel, selalu berpeluh berpeluh tak tahu kenapa, terasa agak gelimat di situ -,- Kebanyakkan bebudak melayu kelas gua tak suka dia termasuk gua. Dia hanya suka dan pilih orang-orang cina berbanding melayu. Gua agak geram geram geram di situ lebih lebih apabila dia kata dia tidak suka akan nasi lemak yang bg gua ya allah! Nikmat tak terkata! Sudah la gua duduk di hadapan mengadap muka dia dan pipi dia yang agak boom tu, dh tu pakai pulak skirt yang terbelah sana sini. Comel sungguh cikgu SENI gua, en en en? Harharhar penat penat gua warna itu ini, tahu dia kata apa? " Aiyakkk, ini tak cukup cantik maaa. You boleh kasi lagi cantik tak? Tak lawa ah. Aiyakk" muka gua mmg dh merah padam mcm udang kena bakar. Gua sabar sabar, bukan hanya gua, Adilla teman sebelah gua pun sama terkena tempiasnya. Arghhh! kenapa harus semua ini terjadi? Ah gua bingung. Gua menci SENI. Gua menciiii menciii menciiiii. Menci dowh cemni -,-
No comments:
Post a Comment